Jejak Usahawan

Syarikat milik penuh bumiputera, Adeq Sue Resources Sdn. Bhd. (Adeq Sue) yang terlibat dalam industri berasaskan makanan bakal membuka peluang kepada usahawan-usahawan muda untuk memulakan perniagaan dengan menyediakan kios Adeq Sue dijadualkan beroperasi Jun ini.

Pengarahnya, Hairuddin Omar berkata, untuk memulakan perniagaan kios ini para usahawan muda hanya perlu menyediakan modal anggaran dalam RM8 ribu hingga RM10 ribu.
“Mereka hanya perlu menyediakan modal dan semua keperluan serta kelengkapan diuruskan pihak syarikat dimana kios yang berkonsepkan seperti gerai burger dengan menggunakan jenama Adeq Sue akan menjual nasi bersama masakan ikan bakar dan lain-lain.
“Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang akan memudahkan usahawan muda ini untuk mendapat bantuan modal,” ujarnya.
unnamed
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jejak Usahawan anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di syarikat itu yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi, Roslee Daud, semalam.
Hairuddin yang merupakan pemain bola sepak profesional negara yang juga tonggak utama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan lebih dikenali sebagai Hai O berkata, setakat ini, 10 usahawan telah bersetuju untuk menyertai program ini dan mereka juga akan diberikan bimbingan dan latihan dari semasa ke semasa.
“Pembukaan kios Adeq Sue diharap dapat menjadi platform kepada usahawan-usahawan muda yang tidak mempunyai modal untuk menceburi bidang perniagaan,” ujarnya.
Menurut beliau, Syarikat Adeq Sue yang ditubuhkan pada 19 Mac 2014 bergiat aktif menghasilkan pes ikan bakar di Permint Perdana 2, Seberang Takir, Terengganu.
“Setakat ini, terdapat 14 produk berjenama Adeq Sue termasuk pes ikan bakar petai (pe­das), sos tiga rasa, sambal bilis, serta sambal belacan,” ujarnya.
Katanya, syarikat juga telah dianugerahkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bulan Mac lalu.
sumber : http://teganukita.my
**********************************************************************
Jejak Usahawan ke kilang syarikat Desa Murni Batik

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mensasarkan 50 usahawan yang mampu diiktiraf sebagai berprestasi tinggi sepanjang tahun ini, berdasarkan nilaian produk dan berpendapatan tahunan yang diperoleh.

Pengerusi Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, YB. Roslee Daud berkata, pengiktirafan itu dinilai mengikut penarafan bintang, selain memperoleh pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM2 juta setahun.

Katanya, berdasarkan rekod tahun lalu, pihaknya mengiktiraf seramai 35 usahawan yang berjaya memenuhi syarat tertentu. “Mereka ini sentiasa dipantau melalui program Jejak Usahawan Terengganu, bagi mencungkil idea-idea baru selain mengetahui bagaimana mereka boleh berjaya.

“Usaha itu penting bagi kami untuk berkongsi idea, mengetahui perihal perniagaan, sebelum dapat dikongsi kepada usahawan lain, terutama bagi mereka yang baru belajar berniaga.

 “Di Terengganu terdapat kira-kira 8,000 usahawan di bawah bimbingan YPU, mereka ini turut dibimbing dan diberi kursus tertentu agar dapat bersaing dengan peniaga yang telah berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan kerja Jejak Usahawan ke kilang syarikat Desa Murni Batik di Pulau Rusa, Kuala Terengganu, semalam. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Che Razali Adis.

Sementara itu, Pengarah Urusan, Desa Murni Batik, Suhaimi Embong berkata, pihaknya ada menawarkan kelas tambahan, agihan buku rujukan dan motivasi percuma kepada kira-kira 200 pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa (SKPR) pada setiap tahun. “Program amal yang dimulakan lima tahun lalu, kini menampakkan hasil membanggakan apabila SKPR berjaya menduduki tangga ke tujuh bagi peringkat daerah dalam Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013,” katanya.

Desa Murni juga melabur sebanyak RM650,000 bagi menaja pasukan Terengganu, Kelantan serta sebuah lagi pasukan kelab T-Team sebagai sokongan demi memajukan industri bola sepak tanah air.

***********************************
Maduria Tembusi Pasaran China, Dubai
Kerajaan Terengganu bangga dengan pencapaian usahawan Bumiputera di negeri ini kerana sudah ada yang mampu memasarkan produk keluaran industri yang diceburi hingga ke peringkat antarabangsa. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan dan Kepenggunaan Negeri,  Roslee Daud berkata, kejayaan usahawan bumiputera yang melangkah ke peringkat global patut dicontohi usahawan lain. 
Katanya, pemilik  Syarikat  MGV Industries Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut, satu contoh baik dan menjadi kebanggaan penduduk negeri ini kerana keupayaannya bersaing dalam memasarkan produk di luar negara. Beliau berkata, pemilik kilang itu, Zakaria Jusoh, 50 yang juga selaku pengurus syarikat pembuat air minuman berjenama ‘Maduria’ patut dicontohi kerana hasil pengeluaran produk berkenaan kini berada di pasaran antarabangsa.

Katanya, antara negara yang  banyak menerima minuman keluaran syarikat itu termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, China, Myanmar dan Dubai. “Saya kagum apabila mendapat tahu syarikat berkenaan berjaya menembusi pasaran ke negara terbabit,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke kilang berkenaan semalam.
Roslee berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program Jejak Usahawan bagi mengenalpasti usahawan Bumiputera negeri  ini yang berjaya dalam pelbagai bidang selain mendengar sendiri masalah yang mereka hadapi. Katanya, usahawan Bumiputera juga perlu bijak membuat promosi bagi memprkenalkan produk keluaran masing-masing dan kerajaan akan membantu dalam promosi  terbabit. 
Sebagai contoh, katanya, syarikat Bumiputera perlu mengiklankan hasil pengeluaran mereka menggunakan billboard untuk dipasanag di laluan utama sebagai usaha mempromisi produk terbabit. “Kerajaan negeri boleh membantu mereka terbabit dengan meminta kerjasama pihak penguasa tempatan menyediakan tapak sesuai untuk meletakkan billboard berkenaan,” katanya.
sumber : http://teganukita.my/AUTHOR: 
*********************************************

No comments:

Post a Comment