Tuesday 30 December 2014

PROGRAM USAHAWAN GRADUAN TERENGGANU SESI I 2014/2015

LATAR BELAKANG
  • PUGT ini dicetuskan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman semasa Majlis Perasmian Minggu PKS 2014 pada 24 Jun 2014 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). PUGT juga telah dicatatkan di dalam buku 100 hari pentadbiran YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman sebagai Menteri Mesar Terengganu semasa pelancaran Transformasi Terengganu Baharu (TTB) pada 19 Ogos 2014 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
  • Program-program seumpama ini yang telah dijalankan oleh agensi-agensi di peringkat persekutuan seperti Program Tunas Mekar, Program Fello Perdana dan Program Perantis PUNB, kesemua program mempunyai peratusan kejayaan yang memuaskan.

OBJEKTIF
  • Program ini merupakan satu langkah bagi menyediakan peluang pekerjaan melalui keusahawanan agar mampu mengurangkan pengangguran dan pada waktu yang sama mampu membantu mempersiapkan diri graduan yang berminat untuk menjadi usahawan.
  • Graduan juga mendapat manfaat melalui pengalaman praktikal yang amat berguna sebagai persediaan sebelum mereka menceburkan diri dalam dunia keusahawanan. Kombinasi pengetahuan serta kepakaran graduan dengan dibantu oleh PRU dalam pengalaman perniagaan & keusahawanan akan menghasilkan kejayaan yang  baik.
  • Bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negeri melalui keusahawanan & perniagaan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
  • Pemohon adalah graduan rakyat Terengganu yang mempunyai diploma atau ijazah dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi tahun 2008 hingga 2013 sahaja (bagi pendaftaran tahun 2014).
  • Sanggup menjalani latihan secara sepenuh masa selama dua belas (12) bulan serta mengikuti semua syarat dan modul program yang telah ditetapkan oleh pihak YPU.
  • Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat untuk menjadi usahawan. Pemohon yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi atau mempunyai pengalaman sebagai usahawan/berniaga adalah diutamakan.
  • Graduan hendaklah bersetuju dan sukarela untuk dibimbing oleh Mentor YPU iaitu Pembimbing Rakan Usahawan (PRU) YPU.
  • Graduan hendaklah menandatangani Surat Terima Tawaran dan Aku-Janji bagi memaksimumkan impak dan keberkesanan program,
SEKTOR KEUTAMAAN
  • Perkilangan & Pembuatan
  • Perkhidmatan & Perdagangan
  • Industri Makanan & Asas Tani
  • Tekstil & Kraf
  • Pelancongan
  • Penjagaan Diri & Kosmetik
  • Industri Kreatif
  • Lain-Lain Sektor
TARIKH TUTUP
  • 31 Disember 2014

No comments:

Post a Comment