Seminar Keusahawanan 2014

BENGKEL HALATUJU 2015
Ahli Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu
MELAKA. 05 Disember 2014 - Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu mengadakan Bengkel Halatuju 2015 pada 05 Disember 2014 bertempat di Ramada Hotel, Melaka. Majlis ini diketuai oleh YB En. Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri.

Bengkel bertujuan untuk mengenalpasti dan menambahbaik pendekatan yang dilakukan oleh agensi keusahawanan persekutuan dan negeri dalam usaha pembangunan keusahawanan negeri Terengganu khususnya.
****************************************************
LATIHAN PEMBENTUKAN USAHAWAN (LPU)


MELAKA. 04 Disember 2014  - Kursus Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Khusus Kepada Peserta Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) di Melaka pada 01 - 11 Disember 2014 dengan kerjasama MARA. Seramai 29 peserta sedang mengikuti kursus ini. Para peserta yang terdiri dari para graduan ini akan ditempatkan di syarikat yang terpilih sebagai mentor bagi tempoh setahun bermula Januari 2015 - Disember 2015.

LPU bertujuan menyediakan pakej latihan kepada para peserta Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri keusahawanan supaya seseorang itu mampu menjadi usahawan yang berdaya saing dan berdaya maju dalam sektor atau jenis perniagaan tertentu.

****************************************************
TAKLIMAT PELUANG PELABURAN DALAM SEKTOR HARTANAH 
KUALA TERENGGANU 26 Nov. 2014 - Taklimat Peluang Pelaburan Dalam Sektor Hartanah telah diadakan pada 26 November 2014 bertempat di Dewan Serbaguna, YPU. Seramai 46 orang telah menyertai taklimat ini. Program ini diadakan dengan di antara YPU dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT). Penceramah bagi taklimat ini adalah En Wan Mohamad Fauzi Bin Wan Mohamad Noor.  

Beliau merupakan pemaju perumahan dan mempunyai syarikat yang diberi nama ND Properties Sdn Bhd yang bergiat aktif dan berpengalaman dalam sektor hartanah dan perumahan semenjak 1990 lagi. 
Tujuan utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini dan seterusnya dapat mengatur peluang-peluang dalam sektor hartanah.


****************************************************
PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA HAI-O
Sempena Majlis Perasmian TUBE Zone Timur
24 Novermber 2014
Kem PLKN, Padang Kacong, Marang



****************************************************
BENGKEL PENJENAMAAN & PEMBUNGKUSAN

DUNGUN 13 Nov 2015 - Seramai 78 usahawan telah menyertai Bengkel Penjenamaan dan Pembungkusan yang telah diadakan di RTC Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Objektif : Memberi kesedaran kepada usahawan tentang kepentingan penjenamaan dan pembungkusan produk serta menyediakan platform kepada peserta bengkel untuk mentransformasi idea inovatif untuk pengkomersilan supaya dapat berdaya saing ke peringkat antarabangsa.






****************************************************
PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN TAKLIMAT PELUANG PERNIAGAAN DI LONDON








****************************************************
Bengkel Transformasi Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri
Tarikh : 10 - 11 November 2014
Tempat : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu



*************************************************
PROGRAM OUTREACH MITI, AGENSI & YPU BERSAMA USAHAWAN
KUALA TERENGGANU 05 No. 2014 - Pihak MITI dengan kerjasama YPU telah menganjurkan Program Outreach MITI, Agensi dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Bersama Usahawan Terengganu yang dijalankan pada 5 November 2014 di Dewan Utama, TH Hotel Terengganu. Sambutan amat menggalakkan daripada usahawan dan bakal usahawan Terengganu dimana lebih 300 peserta menyertai program ini.


Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Roslee Bin Daud, Pengerusi JK Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri.

Pihak MITI juga telah mengundang  artis jemputan khas iaitu YBhg. Datuk Rosyam Nor.
Diharap program seperti ini dapat dijalankan lebih banyak lagi pada masa akan datang.


****************************************************
SEMINAR STRATEGI PEMASARAN BERKESAN
SEMPENA SHOWCASE SDSI 2014 PERINGKAT ZON TIMUR
PADA 6 NOVEMBER 2014 BERTEMPAT DI
DEWAN KONVENSYEN, YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU







****************************************************
FORUM BAJET 2015
"Apa yang menarik untuk Usahawan ?"
30hb Okt 2014, Pusat Dagangan Terengganu (TTC)

****************************************************
Seminar Keusahawanan & Kepenggunaan Halal 2014

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah menganjurkan Seminar Keusahawanan & Kepenggunaan Halal 2014 pada 21 Mei 2014 bertempat di Dewan konvensyen, YPU, Kuala Terengganu yang disertai oleh seramai 106 usahawan. Antara pembentang seminar kali ini ialah daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), PPDNKK negeri Terengganu, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. 


Peserta telah mendapat pendedahan mengenai kepentingan dan keperluan kepenggunaan halal serta menjelaskan prosedur dan keperluan Sijil Halal Malaysia untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam masa yang sama peserta faham mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dan mendapat pendedahan mengenai kepentingan keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan untuk pelanggan.
***************************************************

Program Bicara Perniagaan Dapat Melahirkan Usahawan Bumiputera Yang Berdaya Saing Dan Mantap

KETENGAH, 28 Januari 2014 - Program Bicara Perniagaan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) diharap dapat memberi pendedahan bermaklumat kepada usahawan Bumiputera.

Program yang dikendalikan oleh tokoh usahawan internet tempatan, Dr Irfan Khairi ini dijangka akan memberi pendedahan baru kepada usahawan melalui perkongsian pengalaman dan resipi kejayaannya.

Y.B. En. Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri berkata dengan pelaksanaan program ini, ianya dapat membela nasib dan kebajikan rakyat. "Saya yakin melalui usaha-usaha yang dijalankan oleh KETENGAH, para usahawan di wilayah ini telah mendapat banyak manfaat dari segi ilmu keusahawanan dalam pelbagai aspek bagi memperkukuhkan perusahaan  masing-masing.

Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi seperti MARA, SME Corp, YPUT, TEKUN dan sebagainya telah membawa satu anjakan dalam bidang keusahawanan pada hari ini di seluruh negara." katanya.
Di samping itu, turut disajikan pameran dan jualan produk-produk IKS tempatan untuk pengunjung yang menghadiri program tersebut.

******************************************

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete