Daftar Ahli

Ahli yang berdaftar dengan YPU secara automatik akan dimasukkan dan dipaparkan didalam Portal SUT secara online, iaitu intergrasi antara keahlian dan portal. Pengunjung Portal akan dapat membuat capaian (access) secara terus dengan senarai keahlian YPU.

Yuran :

i. Pendaftaran Ahli Baru : RM 10.00

ii. Pembaharuan Kad Ahli (tahunan) : RM 10.00

iii. Gantian kerosakan : RM 10.00

* Keahlian dikira sah hanya selepas usahawan membuat bayaran di kaunter bayaran YPU dan mengemukakan resit bayaran.

Manafaat menjadi e-AHLI SUT ialah :

i. Berpeluang untuk menambah jalinan hubungan (networking) sesama e-AHLI SUT serta lain-lain usahawan dalam dan luar negeri.

ii. Keutamaan untuk mendapat maklumat berkait program dan aktiviti keusahawanan negeri khasnya dan negara amnya.

iii. Menikmati potongan / diskaun sebanyak 10% apabila menyertai program keusahawanan YPU seperti seminar, kursus keusahawanan, event keusahawanan dan lain-lain program yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

iv. Pendaftaran e-AHLI SUT secara automatik akan dipaparkan didalam Portal Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) secara online.

v. Usahawan boleh berdaftar secara biasa atau secara online melalui laman web YPU atau Portal Sahabat Usahawan Terengganu.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mestilah Bumiputera.

  • Memiliki perniagaan sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Persekutuan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Operasi perniagaan dijalankan di Terengganu dan perniagaan yang sah disisi undang-undang Malaysia.

  • Keutamaan akan diberikan kepada usahawan atau koperasi yang telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU atau lain-lain agensi keusahawanan.
Untuk daftar secara online, sila klik DISINI.
Untuk muat turun borang, sila klik DISINI.

2 comments:

  1. Saya ingin mendaftar melalui online tetapi ada masalah dibhgian memuat naik kad pengenalan suami atau pasangan. Sudah berulang kali mencuba masih tidak boleh di upload. ( gagal utk dimuat naik ) Jadi mcm mna caranya ?

    ReplyDelete
  2. Bhgian kad pengenalan pasangan tidak boleh dimuat turun.. sudah cuba bnyk kali..minta jasa baik pihak ypu utk membantu.

    ReplyDelete