Info Usahawan

LAPORAN EKONOMI 2014/2015

Untuk maklumat lanjut, sila klik DISINI.

Untuk mendapatkan Laporan Ekonomi 1994 - 2015, sila klik DISINI.

Untuk mendapatkan maklumat Bajet 1999 - 2015, sila klik DISINI.
***************************************************************
TERAJU Salur RM62.3 Juta Dana Mudahcara Untuk Terengganu
unnamed (9)
Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menyalurkan pengagihan Dana Mudahcara sebanyak RM62.3 juta kepada syarikat-syarikat bumiputera di Terengganu bagi membantu syarikat bumiputera yang berpotensi di negeri ini.
Pengarah Kanannya, Norizan Sharif berkata, sehingga kini melalui dana yang disalurkan itu, sebanyak 22 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM494.8 juta.

“Projek-projek berkenaan telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Terengganu sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada seramai 3,594 orang,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian “Garis Mula Insken500: Prapelancaran Latihan dan Bimbingan Insentif Perniagaan di Wisma Darul Iman yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi, Roslee Daud, hari ini.
Menurut beliau, Teraju sudah meluluskan Dana Mudahcara sebanyak RM167.4 juta kepada 48 projek bagi koridor pantai timur (Terengganu, Pahang dan Kelantan) dimana dengan jumlah tersebut (RM62.3 juta) Terengganu adalah negeri tertinggi mengatasi Pahang dan Kelantan. Katanya, Dana Mudahcara yang diperuntukkan oleh kerajaan ialah RM2 bilion bagi seluruh Malaysia dan sebanyak 270 projek seluruh negara telah diluluskan.

“Setakat ini bagi seluruh negara, Dana Mudahcara yang diluluskan adalah RM1.1 bilion dengan nilai pelaburan daripada syarikat-syarikat bumiputera ini adalah RM8.42 bilion melalui 270 projek berkenaan dan telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 36,000,” ujarnya.


sumber : http://teganukita.my/19 MAY 2015 5:10 PM
********************************************************************
GST: Overview, Legislation, Incentives and Programmes for SMEs
Sila layari laman web http://www.smecorp.gov.my/vn2/node/1492 

********************************************************************

Definisi Baharu PKS
 
Mulai 1 Januari 2014, lebih banyak firma akan mendapat akses kepada program sokongan PKS apabila definisi PKS baharu ini berkuat kuasa:
  • Sektor pembuatan, jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 200 pekerja.
  • Sektor perkhidmatan dan sektor lain, jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 pekerja.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan bagi Definisi Baharu PKS (klik) 

*****************************************************

SME Annual Report 2013/14
 

***************************************************** 



No comments:

Post a Comment