KUALA LUMPUR, 9 Jun 2015 - Majlis Perasmian Kursus Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) bagi Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) Batch 3 bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur oleh YB Encik Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu.
LPU diadakan selama 10 hari bermula 07 - 16 Jun 2015. Seramai 32 peserta yang terdiri dari graduan sedang mengikuti program ini. Peserta akan dilatih dan dibimbing secara berterusan selama setahun dan ditempatkan di syarikat-syarikat terpilih serta dibantu oleh mentor yang merupakan usahawan berjaya.

No comments:
Post a Comment