YPU, INSKEN JALIN KERJASAMA LAHIR USAHAWAN BERDAYA SAING
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan Institut Keusahawanan Negara (Insken) menjalin kerjasama untuk melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.
Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri, Roslee Daud berkata, melalui perjanjian persefahaman yang dimeterai, beliau yakin Insken di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) mampu menambah baik peranan yang dimainkan YPU sebelum ini.
“Dengan hasrat Insken untuk menerajui, memancu dan menyelaras program latihan dan pembangunan keusahawanan ke satu tahap yang lebih tinggi, diharapkan usaha ini akan berterusan bagi memastikan usahawan-usahawan Terengganu akan terus berdaya maju,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian “Garis Mula Insken500 : Prapelancaran Latihan dan Bimbingan Insentif Perniagaan di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kanan Teraju, Norizan Sharif.
Menurut beliau, program Insken500 adalah merupakan sasaran Insken untuk mengangkat 500 buah syarikat ke satu tahap selanjutnya menggunakan indikator M-CORE bagi perusahaan mikro, dan SCORE bagi perusahaan kecil dan sederhana.
“Insken500 adalah usaha yang cukup baik dalam meneruskan usaha untuk membina usahawan-usahawan baru khususnya di negeri ini,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa bersama-sama dengan agensi yang bersedia membantu para usahawan.
Dalam pada itu katanya, peranan yang dimainkan Insken dalam mendedahkan usahawan kepada lima modal bisnes juga mampu menyumbang kepada penambahbaikan pembangunan keusahawan di negeri ini.
“Selain modal kewangan modal (diri, ilmu, kemahiran dan sosial) juga amat penting untuk meningkatkan pembinaan kapasiti yang sedia ada dalam diri seseorang usahawan dan disini jugalah letaknya peranan Insken,” ujarnya.
Sementara itu katanya, kerajaan negeri mensasarkan untuk melahirkan seramai 700 usahawan pada tahun ini berbanding 500 orang pada 2014.
“Menariknya, seramai 762 usahawan berjaya dilahirkan tahun lalu dan 80 peratus daripada masih menjalankan perniagaan masing-masing sehingga kini,” ujarnya.
sumber : http://teganukita.my/19 MAY 2015
SEMINAR TRANSFORMASI MINDA USAHAWAN WANITA BOLEH 2015 "U-BOLEH"
Bersama PUAN ROZITA IBRAHIM, Pengasas Sendayu Tinggi
********************************************************************
PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC), 1 Mac 2015 - 3 Mac 2015. Sesi pemilihan dan penilaian Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) Batch 2 - Pengambilan Mac 2015 bertempat di Dewan Serbaguna YPU selama 3 hari.
Pendaftaran bermula 30 Oktober 2014 sehingga 02 Mac 2015. Seramai 224 graduan telah mendaftar dan dipanggil sesi pemilihan.
Bil
|
Sektor
|
Bilangan Peserta
Dipanggil
|
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
|
Industri Makanan & Asas Tani
Perkhidmatan & Perdagangan
Industri Kreatif
Pelancongan
Tekstil & Kraf
Penjagaan Diri & Kosmetik
Perkilangan & Pembuatan
Lain-Lain
|
100
36
9
8
15
11
16
29
|
Jumlah
|
224 peserta
|
Seramai 106 graduan telah hadir dan 30 graduan akan dipilih untuk menyertai Kursus Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) yang akan diadakan di Langkawi pada 22 Mac – 01 April 2015. LPU dianjurkan dengan kerjasama MARA Negeri Terengganu.
BENGKEL PEMBUATAN KUIH MUIH FROZEN & ANEKA KUIH TALAM
Bengkel selama 2 hari ini yang diadakan Pusat Latihan T’P3, Ajil, Hulu Terengganu telah disertai oleh seramai 32 usahawan, sasaran awal ialah 30 penyertaan sahaja. Tenaga pengajar ialah Puan Maimon binti Jusoh, Projek Masak D Dapur Enterprise. Antara kuih talam dan sejuk beku yang telah dipelajari termasuk Talam Keladi, Talam Ubikayu, Talam Cendol, Talam Roti Butterscotch, Talam Sri Sarawak, Talam Carribean, manakala Kuih Sejuk Beku pula ialah Apam Puteri Ayu Gebu, Donut Lembut, Pau Goreng Inti Kacang Merah, Samosa, Cucur Badak, Kek Coklat Moist.
Keseluruhan peserta amat berpuas hati dengan bengkel yang diadakan dan mencadangkan agar kursus seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Melalui kursus ini peserta telah mendapat pendedahan mengenai cara-cara dan teknik masakan yang betul dalam penyediaan kuih talam dan kuih sejuk beku agar lebih berdaya saing dan ‘hygenic’.
********************************************************************
BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN
Program ini merupakan program kerjasama antara YPU dengan Persatuan Usahawan Wanita Negeri Terengganu (USAHANITA). Program ini adalah sebagai satu usaha dalam merapatkan hubungan antara YPU dengan NGO negeri Terengganu. Seramai 32 peserta telah menyertai program ini selama 2 hari iaitu pada 20 – 21 Januari 2015 bertempat diDewan Serbaguna, TTC, Kuala Terengganu. Penceramah ialah Puan Haslinda binti Hashim, daripada NEDC Resources.
Modul kursus :-
- Ice Breaking & Kepentingan Pengurusan Kewangan Dalam Perniagaan
- Pengurusan Modal, Pembiayaan & Geran Kerajaan
- Kepentingan & Sistem Perakaunan Yang Baik
- Pengurusan Aliran Tunai
- Menilai Untung Rugi Perniagaan
- Kepentingan & Pengiraan Zakat Perniagaan
Melalui kursus ini peserta telah mendapat pendedahan mengenai cara-cara untuk meningkatkan kebolehan dalam menguruskan sumber kewangan secara berkesan dan meningkatkan kefahaman tentang kedudukan sebenar kewangan syarikat.
Disamping itu, melalui kursus ini telah dapat meningkatkan kebolehan peserta dalam membuat pengiraan perakaunan kerana telah dapat memahami dengan lebih lanjut tentang pengurusan Perakaunan & Kewangan syarikat.
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete