Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan Institut Keusahawanan Negara (Insken) menjalin kerjasama untuk melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing.
Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri, Roslee Daud berkata, melalui perjanjian persefahaman yang dimeterai, beliau yakin Insken di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) mampu menambah baik peranan yang dimainkan YPU sebelum ini.
“Dengan hasrat Insken untuk menerajui, memancu dan menyelaras program latihan dan pembangunan keusahawanan ke satu tahap yang lebih tinggi, diharapkan usaha ini akan berterusan bagi memastikan usahawan-usahawan Terengganu akan terus berdaya maju,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian “Garis Mula Insken500 : Prapelancaran Latihan dan Bimbingan Insentif Perniagaan di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kanan Teraju, Norizan Sharif.
Menurut beliau, program Insken500 adalah merupakan sasaran Insken untuk mengangkat 500 buah syarikat ke satu tahap selanjutnya menggunakan indikator M-CORE bagi perusahaan mikro, dan SCORE bagi perusahaan kecil dan sederhana.
“Insken500 adalah usaha yang cukup baik dalam meneruskan usaha untuk membina usahawan-usahawan baru khususnya di negeri ini,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri akan sentiasa bersama-sama dengan agensi yang bersedia membantu para usahawan.
Dalam pada itu katanya, peranan yang dimainkan Insken dalam mendedahkan usahawan kepada lima modal bisnes juga mampu menyumbang kepada penambahbaikan pembangunan keusahawan di negeri ini.
“Selain modal kewangan modal (diri, ilmu, kemahiran dan sosial) juga amat penting untuk meningkatkan pembinaan kapasiti yang sedia ada dalam diri seseorang usahawan dan disini jugalah letaknya peranan Insken,” ujarnya.
Sementara itu katanya, kerajaan negeri mensasarkan untuk melahirkan seramai 700 usahawan pada tahun ini berbanding 500 orang pada 2014.
“Menariknya, seramai 762 usahawan berjaya dilahirkan tahun lalu dan 80 peratus daripada masih menjalankan perniagaan masing-masing sehingga kini,” ujarnya.
sumber : http://teganukita.my/19 MAY 2015
No comments:
Post a Comment