Sunday 14 June 2015

SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA TERENGGANU 2015


Ros
Kerajaan negeri mendapati lebih separuh daripada 762 usahawan baharu di negeri ini masih gagal memajukan syarikat masing-masing walaupun 31 agensi berkaitan di bawah Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) kerap kali membantu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata berdasarkan pemantauan,sikap iri hati dan gagal menangani risiko antara faktor utama usahawan di Terengganu sukar untuk maju.

“Kebanyakan peniaga lebih berpandangan negatif dengan melihat rakan niaga yang maju sebagai musuh, selain gemar menggunakan `ilmu salah’ untuk menjatuhkan peniagaan rakan.
“Sepatutnya mereka mengambil kesempatan dan peluang yang ditawarkan 31 agnesi berkaitan di mana boleh membuat pinjaman atau mememohon bantuan tertentu, katanya.
Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan Seminar Permerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Yayasan Pembangunan Usahawan, Kuala Terenggau hari ini.
ros2
Roslee turut memberitahu Kerajaan menyediakan peruntukan besar semata-mata mahu melihat setiap usahawan Terengganu maju dengan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnyaRM50,000 sebulan.
Katanya, dia tidak menolak terdapat kira-kira 20 peratus daripada jumlah baharu sudah mampu berdikari di mana sudah tidak memerlukan sebarang bantuan.
“Saya berharap mana-mana usahawan yang mahu maju, perlu mentranfomasi diri dengan menjadikan syarikat ternama sebagai idola,”katanya.
sumber : http://teganukita.my

No comments:

Post a Comment