Tuesday 30 December 2014

PROGRAM USAHAWAN GRADUAN TERENGGANU SESI I 2014/2015

LATAR BELAKANG
  • PUGT ini dicetuskan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman semasa Majlis Perasmian Minggu PKS 2014 pada 24 Jun 2014 bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). PUGT juga telah dicatatkan di dalam buku 100 hari pentadbiran YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman sebagai Menteri Mesar Terengganu semasa pelancaran Transformasi Terengganu Baharu (TTB) pada 19 Ogos 2014 bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman.
  • Program-program seumpama ini yang telah dijalankan oleh agensi-agensi di peringkat persekutuan seperti Program Tunas Mekar, Program Fello Perdana dan Program Perantis PUNB, kesemua program mempunyai peratusan kejayaan yang memuaskan.

Sunday 14 December 2014

JOM BELIA NIAGA

Program Jom Belia Niaga, "Keusahawanan Sebagai Kerjaya"

SYARAT PENYERTAAN
1. Berumur 18 - 40 tahun.
2. Bagi usahawan belia, operasi perniagaan di Terengganu.
3. Bagi bakal usahawan, keutamaan kelahiran di Terengganu dan minat untuk memulakan perniagaan.

Monday 8 December 2014

Bengkel Halatuju 2015

Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu mengadakan Bengkel Halatuju 2015 pada 05 Disember 2014 bertempat di Ramada Hotel, Melaka. Majlis ini diketuai oleh YB En. Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri.


Sunday 7 December 2014

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Akademi Usahawan YPU. Kami menyediakan maklumat dan jadual kursus terkini serta berita-berita keusahawanan YPU dan agensi berkaitan.